Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Secara rasminya, acara black-tie ekstravaganza Metropolitan Museum of Art Costume Institute Benefit telah berlangsung dengan penuh glamorous demi mengumpul dana untuk Costume Institute.
Bertemakan Manus x Machina : Fashion in an Age of Technology, dan dihoskan oleh Anna Wintour selaku Pengerusi Gala, Jonathan Ive, Ketua Pegawai Reka Bentuk Apple, Taylor Swift dan pelakon British, Idris Elba. Pameran fesyen tahunan ini dibanjiri dengan selebriti ternama yang tampil dengan stail yang cukup berani dan eksperimental lantas mencuri perhatian lensa kamera barisan media antarabangsa.
Parti ini adalah satu simbolik kepada acara tahunan blockbuster yang ditunggu-tunggu anjuran Costume Institute di kalangan selebriti A-list dan pemain fesyen utama. Tahun ini, tiket masuk ke acara berprestij ini dijual dengan harga 30,000 USD dan setiap meja pada harga 275,000 USD.
Tahun lalu, MET Gala berjaya mengumpulkan sebanyak lebih 12.5 juta USD dan semuanya disalurkan penuh kepada badan Costume Institute.
EH! kongsikan lima best dressed di MET Gala 2016.
[soliloquy slug=”met-gala-2016″]