Oleh : Farhana Fuad
Gambar : INGimage
Gerobok baju anda dipenuhi dengan ceraian putih? Pastinya menghampakan pabila melihat baju atau celana kita bertukar menjadi kekuningan atau kusam dek kerana kesan dari kotoran degil atau penurunan rona ceraian fesyen lain ke atas ceraian putih. Helaian putih yang sudah kerap dipakai dan dicuci juga senang berubah warna, nampak kusam dan sudah hilang seri putihnya.
Di sini EH! kongsikan tip menjaga pakaian putih agar serinya tahan lebih lama dan putih bersih seperti baru.
- Cuci pakaian putih sahaja. Jangan campurkannya dengan pakaian yang berona. Ia akan menyebabkan penurunan rona pada pakaian yang berwarna putih.
- Tambah perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam air ketika bilasan terakhir untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada baju berona putih dan sekaligus ia mengekalkan rona putih bersih seperti baru. Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering.
- Gunakan peluntur klorin untuk mencuci pakaian putih kecuali linen atau pakaian yang bermaterialkan elastik. Jangan kerap membasuh stokin bersama peluntur kerana ia akan menjadikan stokin longgar. Jika sekali-sekala tidak mengapa, kerana takut penggunaan peluntur dengan kerap boleh menjadikannya bertukar menjadi kekuningan.
- Rendam pakaian di dalam air panas jika material pakaian tersebut boleh bertahan dengan suhu panas. Ini boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlukan menggosok.
- Pastikan anda membuang kesan kotoran terlebih dahulu sebelum ia mengering. Jika kesan kotoran masih tidak hilang biarpun setelah ia kering, basuh semula kerana kotoran tersebut akan menjadi kekal setelah pakaian tersebut kering sepenuhnya. Gunakan perahan lemon untuk menghilangkannya.