Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Instagram Fathia Latiff
Pelakon popular, Fathia Latiff menyatakan yang dirinya bakal memperkenalkan jenama fesyennya sendiri tidak lama lagi. Teruja dengan pelancarannya tidak lama lagi, jenama fesyen Fathia ini bakal dikeluarkan pada bulan Ramadan ini.
https://www.instagram.com/p/BFl-iavEnq0/?taken-by=fatiyalatiff&hl=en
“Fathia akan keluarkan koleksi baju Fathia sendiri. Ia untuk Aidilfitri kali ini. Baju raya, jubah, dan baju kurung, Insya-Allah.”
“Nama koleksi Fathia adalah Dara by Fathia Latiff. Ia adalah satu koleksi dari Fathia sendiri yang boleh dipakai tidak kira peringkat umur, semua mampu milik serta harganya juga berpatutan.”
“Ia sebenarnya seperti baju yang Fathia sendiri suka pakai,” kata Fathia.
https://www.instagram.com/p/BFi9W4jknp3/?taken-by=fatiyalatiff&hl=en
Tambahnya lagi, Fathia sebenarnya suka bergaya orangnya. Jadi baginya, mungkin ini adalah satu benda baru yang dirinya ingin discover dengan lebih mendalam.
https://www.instagram.com/p/BFiU6ftEnuj/?taken-by=fatiyalatiff&hl=en
“I love to dress up. So I want to try enter into fashion line. So, koleksi pertama ini adalah fokus untuk raya dan more on jubah untuk muslimah,” ujarnya lanjut mengenai jenama fesyennya akan datang.
Fathia akan menguruskan jenama fesyennya itu bersama rakan kongsinya yang juga seorang yang juga memiliki sebuah syarikat lain. Baginya, dia langsung tidak menyangka yang dirinya akan melancarkan sebuah jenama fesyen sendiri. Tetapi dirinya percaya yang ini semua adalah berdasarkan rezeki yang diberikan kepadanya.
Koleksi Dara bakal direka Fathia sendiri dan juga rakan kongsinya.