Oleh : Farhana Fuad
Meskipun sudah berhijab, rata-rata selebriti tempatan pandai dalam bergaya dan adanya tampil lebih versatil dengan gaya hijab tersendiri serta ceraian fesyen yang sempurna di mata.
Setiap kali mereka memuat naik gambar OOTD serta hijab di media sosial, pasti akan menjadi buah mulut peminat yang sentiasa peka pada perkembangan selebriti pilihan mereka. Apatah lagi pabila selebriti pujaan memuat naik gambar gaya harian, buatkan ramai yang turut menjadikan inspirasi gerobok fesyen.
EH! kongsikan gambar gaya hijab selebriti tempatan di bawah.
Rozita Che Wan
Rozita Che Wan sentiasa tampak versatil dengan gaya dan rona hijabnya yang pasti akan disesuaikan dengan ceraian fesyen yang digayakannya.
Elfira Loy
Elfira Loy punya gaya hijab yang tersendiri. Elfira sering dilihat mengenakan selendang polos yang dililit dengan gaya tersendiri.
Erin Malek
Erin Malek selesa dengan gaya hijab yang dilakukan oleh dirinya sendiri (tanpa instant shawl). Pastinya tudung polos menjadi pilihan untuk disesuaikan bersama gaya hariannya.
Neelofa
Neelofa menjadikan instant shawl sebagai pilihan, dan tentulah ia daripada himpunan tudung Naelofar sendiri. Selalunya dia akan memilih warna pastel.
Sherry Ibrahim
Biarpun baru sahaja berhijab, tetapi Sherry Ibrahim sudah pantas menggayakan hijab yang cantik menawan.
Uqasha Senrose
Uqasha Senrose dilihat suka memakai hijab berona pastel. Ia membuatkan wajah Uqasha tampak lebih segar dan berseri.
Wawa Zainal
Wawa Zainal terkenal dengan gaya hijab yang rasanya tiada orang lain yang berani mencuba. Tetapi Wawa berjaya membawa imej gaya hijab tersebut dengan sempurna dan glamor.