Oleh : Farhana Fuad
Sudah menjadi satu kebiasaan tiap kali tibanya Syawal ramai yang akan tampil berhari raya dengan ceraian fesyen baru dalam meraikan lebaran yang kunjung hanya setahun sekali.
Baju, tas tangan dan sepatu baru tidak sah jika tiada ketika di hari raya. Ia ibarat satu kemestian buat semua orang. Apatah lagi apabila ia sudah menjadi satu trend dari kecil sehingga ke dewasa.
Sesetengah orang menganggap tanpa baju atau aksesori baru tidak sempurnalah raya. Rata-rata berpendapat sekurang-kurangnya satu pun sudah memadai. EH! kongsikan item fesyen mesti ada kala menyambut Aidilfitri kali ini.
TOUS Jewelry
Sempurnakan stail baharu ketika beraya dengan barang kemas dari TOUS. Ceraian fesyen anda lebih meriah dan versatil dengan rantai leher mahupun gelang tangan daripada TOUS. Koleksinya sempena musim panas ini memfokuskan pada rona-rona pastel yang sudah semestinya cocok buat hiasi diri di pagi Aidilfitri.
Lacoste
Koleksi dari Lacoste, Ultra Marine berinspirasikan sukan air seperti kayak dan renang. Inovasi terkini dari Lacoste memainkan unsur sleek dan streamlined grafik. Koleksi ini tampil dengan rona biru, hijau dan hitam serta bermain sedikit rona kuning untuk memfokuskan aura nautika. Lacoste tampilkan dengan koleksi buat lelaki dan perempuan.
Bower Haus
Jenama aksesori buatan tangan yang dijual secara atas talian dari Australia ini terkenal dengan ilham rantai dan gelang tangan yang dihasilkan dengan biji mutiara asli. Terkini, Bower Haus tampil dengan aksesori mutiara yang pelbagai variasi dari segi ronanya. Kilauan pada mutiara ini menjadikan item dari Bower Haus tampak lebih eksklusif lantas menyerlahkan aura mewah si pemakai.
Sereni & Shentel
Untuk menyempurnakan lagi gaya di pagi raya, Sereni & Shentel mungkin jawapannya. Cekak rambut yang diilhamkan dua wanita Borneo ini punya kreativiti serta keunikannya tersendiri. Setiap skarf rambut dihasilkan mengikut mood dan stail . Dengan perincian reben serta batu berona pasti menyerlahkan gaya dandanan anda.