Berita Karisma Kapoor sah bercerai menjadi bualan hangat di Bollywod. Siapa yang tidak kenal dengan aktres jelita dan cukup popular Bollywood, Karisma Kapoor. Khabar terkini, Karisma dan suaminya yang juga seorang usahawan terkenal di Delhi, India iaitu Sunjay Kapur disahkan bercerai.
Gambar : www.indiatvnews.com
Ia secara rasmi disahkan oleh Mahkamah Keluarga yang akhirnya bersetuju akan syarat perjanjian yang dipersetujui oleh pasangan itu pada April lalu. Sebelum ini pasangan itu melalui proses penceraian yang agak panjang akibat pertelingkahan berhubungan dengan penceraian dan hak penjagaan dua orang anak mereka.
Akhirnya mereka berdua mendapat kata persetujuan serta perjanjian dan sekaligus Karisma menggugurkan segala kes yang difailkannya di balai polis dan mahkamah majistret terhadap bekas suaminya itu.
Karisma dan Sunjay menyetujui segala kaitan hak penjagaan dan perjanjian kewangan. Mahkamah Keluarga menerima solusi untuk kes tersebut dan pengakhirannya diumumkan secara rasmi akan penceraian mereka semalam.
Karisma dan Sunjay telah berkahwin pada tahun 2003. Mereka gagal untuk memperbaiki masalah rumah tangga yang tidak diketahui puncanya dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2014.