Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Azwan Kombos
Pasangan selebriti yang sama cocok sama padan, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah bakal bernikah pada bulan raya nanti iaitu pada 16 Julai. Pada bulan Mac lepas, ahli keluarga Azwan telah pun hadir ke kediaman keluarga Ezzaty di Bentong, Pahang untuk sesi merisik.
Menurut Ezzaty yang berkata kepada BH Online, majlis persiapan mereka sudah hampir siap 100 peratus. Namun, masih beberapa urusan kecil seperti kad kahwin dan baju perkahwinan yang masih lagi diuruskannya.
“Kami selektif dalam hal ini, tak mahu dan rasa tak seronok jika semuanya ditaja. Memang ada penaja tapi bukan 100 peratus. Kami pun kena fikir kos yang mereka akan keluarkan. Ada tajaan itu yang kami bayar separuh. Macam baju kahwin, kawan Azwan sendiri iaitu Arief Shah yang akan sediakan,” katanya lagi yang bahawa ramai pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka.
Majlis pernikahan Ezzaty dan Azwan akan berlangsung di sebelah pagi dan selepas itu diikuti dengan majlis persandingan yang akan mengambil tempat di Bentong, Pahang.
Keesokan harinya pula, akan berlangsungnya majlis resepsi meraikan pernikahan mereka yang akan berlokasi di Kuala Lumpur. Bagi resepsi di sebelah pihak Azwan di Sabah pula masih dalam perbincangan pihak keluarga.
Walau bagaimanapun, ibu Azwan sememangnya mahu merealisasikannya. Ezzaty turut teruja untuk mengenakan busana suku kaum Bajau jika melangsungkan resepsi di sana nanti.
Sebelum ini, Ezzaty dan Azwan turut berkesempatan merakam gambar pra-perkahwinan mereka di Melaka.