Gambar : INGimage
Tiada siapa kata yang pakaian dalam boleh berkata-kata. Namun, apa yang anda pilih boleh mencerminkan peribadi dan personaliti diri anda. Ini kerana majoriti baik lelaki atau perempuan semestinya membeli pakaian dalam yang mereka suka.
Berdasarkan rona-rona yang EH! kongsikan di bawah, tersirat personaliti diri anda. Ketahuinya di artikel ini.
Merah
Ia bukan satu kepercayaan yang cliche tetapi rona merah sememangnya dikaitkan dengan lambang lucah. Namun, jika anda sedang merancang untuk membeli lingerie berona merah, ia mungkin kerana anda mempunyai sesuatu yang dirancangkan dan bukan kerana anda seseorang yang melampau. Merah juga mencerminkan personaliti yang lebih bold atau romantik atau mungkin kedua-duanya.
Biru
Pakaian dalam berona biru adalah untuk mereka yang sukakan cabaran. Semestinya biru hadir dengan pelbagai jenis termasuklah biru pastel, biru elektrik dan biru di-raja. Setiap darinya sebenarnya ada nilai fun masing-masing. Anda seorang yang pemalu? Go for a baby blue. Mungkin anda terasa muda remaja? So, electric blue is a must! Anda bersedia untuk menawan dunia?Biru royal punya sifat classy dan sedikit kelainan. Boleh kata jika kebanyakkan pakaian dalam anda berona biru, berkemungkinan anda punya ciri-ciri nakal, anda tahu bilakah masa yang sesuai untuk kelihatan sedikit mengujakan. Just a perfect balance.
Hitam
Tidak kira apa sahaja jenis ceraian atau item fesyen, hitam sentiasa tampak klasik. Rona hitam boleh dikatakan penyelamat untuk segala jenis situasi dan majlis. Ia boleh jadi sedikit berani, jika pakaian dalam anda bermaterial renda. Jika anda sedang bersedia untuk sesi hubungan intim bersama pasangan, pakaian dalam berona hitam sentiasa menjadi rona yang sesuai kerana jika tiada sebarang momen yang diimpikan, sekurang-kurangnya ia tidak menjadi satu pembaziran untuk tampil istimewa kala di kamar tidur.
Putih
Rona putih sering dikaitkan dengan kesucian. Jika anda seseorang yang lebih suka memilih untuk memakai pakaian dalam berona putih, berkemungkinan yang anda sedang berperasaan seakan berjiwa muda dan bebas. Anda mungkin seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru tetapi selalunya kekal pada sesuatu atau seseorang yang sama.