Oleh : Farhana Fuad
Gambar : kpopherald.koreaherald.com
Aktor terkenal dari bumi Korea, Kim Seong Min dilaporkan mati otak setelah ditemui tidak sedarkan diri minggu lalu. Pelakon terkenal itu dikatakan cuba membunuh diri berikutan selepas pertengkaran bersama isterinya.
Menurut laporan media antarabangsa, pasukan perubatan dari Hospital St Mary Seoul yang menyelesaikan kes tersebut menyatakan yang Kim mati otak sekitar jam 8.45 pagi.
Sebelum ini, Kim pernah menyatakan hasratnya untuk mendermakan organnya selepas kematiannya kepada isteri dan anaknya.
Pembedahan telah pun dijalankan untuk mengeluarkan organ tubuh Kim atas persetujuan isteri dan anak Kim. Lima orang pesakit akan menerima organ tubuh Kim termasuklah buah pinggang, hati, usus dan juga kornea.
Sejurus selepas pembedahan, Kim diisytiharkan meninggal dunia selepas bantuan pernafasan ditanggalkan. Kim yang berusia 42 tahun pertama kalinya menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 1995 dan cukup berjaya mengharungi kariernya sebagai seorang pelakon tv sebelum dua kali disabitkan dengan kesalahan penggunaan dadah.