Gambar : Shutterstock
Dalam setiap perhubungan, rasa kecewa atau pergaduhan boleh menyebabkan kasih terputus di tengah jalan. Sebelum terlewat, patuhi 5 ‘jangan’ yang EH! bariskan ini, mungkin dapat menyelamatkan perhubungan anda.
1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka gadis lain terutamanya bekas kekasih.
Jangan sesekali cuba membuat perbandingan si dia dengan orang lain terutamanya dengan bekas kekasih anda. Mungkin dia tidaklah sehebat yang lama, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya rasa rendah diri dan tercabar. Jadi terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihan tersendiri.
2. JANGAN sesekali berbohong atau berahsia Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan.
Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan. Maka amalkan sikap terbuka dan berterus-terang. Ingat, honest hearts produce honest actions.
3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endah anda dalam mengingati hari-hari istimewa mencemar kesegaran perhubungan anda berdua.
Rasanya bukanlah susah sangat hendak mengingati tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuat reminder di telefon bimbit sahaja. Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun bagi orang perempuan pemberian sekecil-kecil hadiah sebagai tanda ingatan sudah memadai walaupun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga sudah pasti mampu membuat dia menguntum senyuman.
4. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasan cemburu.
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata cemburu tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.
5. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya The tongue is more to be feared than sword.
Anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda semasa bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaan. Bak kata pepatah lama, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.