Oleh : Khairul Abidin
Gambar : shutterstock
Kalau mahu dipilih satu aksesori paling hangat sejak awal tahun ini, pastinya choker berada di antara kedudukan paling atas. Jika masih ingat lagi, di era 90-an, choker tatu antara yang paling banyak dipakai.
Diperbuat menggunakan tali tangsi, ia direka bersilang-silang dan bila di pakai mencipta efek bagaikan tatu. Tidak sekadar di leher, aksesori yang sama turut dipakai pada lengan, efeknya bagaikan tatu seperti gaya Melanie C atau Sporty Spice.
Gaya choker baldu turut popular (seperti yang digayakan Drew Barrymore ini). Pemilihan choker baldu lebih elegan dan sofistikated berbanding choker plastik atau tangsi.
Kini trend chocker kembali hangat. Ia menjadi pilihan ramai selebriti muda ternama. Secara peribadinya saya berasakan gaya choker membuat penampilan tampak lebih seksi, lebih-lebih lagi jika kamu mempunyai bentuk leher yang jinjang dan punya tulang selangka (collar bone) yang menonjol.
Jom tengok gaya choker selebriti ternama.
Kendall menggayakan dua lapis chocker dalam dua material berbeza. Choker dalam material besi atau perak dibiarkan sedikit longgar.
Emily Ratajkowski memilih gaya choker yang lebih santai pabila dia sekadar melilit reben atau kain hitam pada lehernya. Lebih santai, lebih relaks.
Gigi Hadid memilih choker halus berserta loket halus pada bahagian hadapan sebagai peneman kepada topinya.
Bintang yang sedang hangat dengan kontroversi cintanya, Taylor Swift turut mahu mengikut trend ini. Dia dilihat menggayakan choker ke karpet merah BMI.