Gambar : shutterstock
Memang benar kecantikan datangnya dari dalam, namun penjagaan kulit wajah adalah bergantung kepada kerja keras untuk menjaganya daripada luaran juga. Kulit wajah tidak akan terus menerus menegang dan anjal sehingga usia tua, namun dengan pemilihan pemakanan sihat serta penggunaan produk yang betul bisa melambatkan proses penuaan wajah dan masalah kulit.
Terdapat seleksi bahan semula jadi yang sering digunakan dalam produk kecantikan, dan ada antaranya boleh anda lakukan sendiri di rumah.
Pelembap wajah
Campurkan madu, lemon dan minyak sayuran sebagai pelembap wajah kepada kulit kering. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci bersih.
Kulit berseri
Panaskan 4 sudu besar minyak badam, 2 sudu besar lanolin, jeli petroleum serta minyak zaitun biarkan sejuk seketika dan kemudian sapu rata pada kulit. Boleh juga digunakan untuk badan.
Menanggalkan kulit mati
Rumusan terbaik untuk mereka yang baru pulang dari bercuti dan terkesan dengan kulit gelap akibat selaran matahari. Buat pupur wajah dengan campuran putih telur dan madu. Sapu pada muka dan biar kering, kemudian tanggalkannya perlahan.
Untuk kulit berminyak
Gunakan hirisan epal halus dan gosok pada wajah perlahan. Ia dapat membantu mengelakkan kulit kelihatan berkilat akibat minyak.
Skrub
Campurkan oat, madu, yogurt dan serbuk badam. Sapu pada wajah dan biar kering selama 5 minit, kemudian gosok perlahan agar dapat menyingkir sel mati pada kulit. Cuci dengan air suam.