Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Yuna
Penyanyi kelahiran Malaysia, Yunalis Mat Zara’ai mengakui yang dirinya sangat kecewa dan hampa akan sikap dan mulut bangsanya sendiri. Ia berikutan pelukan yang Yuna berikan kepada Usher, penyanyi popular dunia ketika menghabisi persembahan duet bersamanya di Amerika Syarikat sebelum ini.
Baru-baru ini, Yuna memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang membawa mesej tersendiri.
Tulisnya, “Throwback ketika saya bersama menjayakan kempen Barney pada tahun 2014 sempena sambutan perbezaan budaya, yang diambil oleh Bruce Weber. Saya masih ingat lagi ketika gambar ini dikeluarkan buat pertama kalinya, saya agak takut untuk memuat naik gambar ini di laman sosial kerana saya tahu ada sebahagian orang Melayu konservatif yang biadap (saya juga seorang yang konservatif juga) pasti akan menghentam saya dek kerana saya menunjukkan leher saya kepada umum. Sejujurnya, pada ketika ini saya sangat selesa. Penata gaya dari Barney sangat baik dan menghormati kepercayaan saya dan memberikan saya peluang untuk mengenakan dress cantik ini. Saya berpeluang untuk bergambar bersama pasangan Punjabi serta seorang model yang mempunyai separuh kewarganeraan Malaysia yang kemudiannya menjadi sahabat saya. Ramai yang bertanya apa etnik saya dan saya memaklumkan saya berbangsa Melayu. Kenapa saya tidak boleh memakai dress pendek? Saya beritahu mereka yang saya adalah seorang yang beragama Islam. Seseorang pernah menyatakan pada saya yang pengalaman yang saya lalui adalah milik saya. Tiada siapa yang melalui kehidupan saya. Ramai outsiders yang mempunyai ilusi yang mana mereka akan memaksa anda bagaimana untuk menjalani kehidupan anda kerana hakikatnya mereka membenarkan orang lain memaksa mereka untuk hidup seperti mana kehidupan orang lain. Ayah saya selalu berpesan kepada saya ‘Awak yang perlu membuat keputusan sendiri. Awak boleh berfikir. Jadi, mengapa awak perlu mendengar akan kritikan orang lain?’ Tidakkah ia pelik? Masalah perkauman dan diskriminasi yang saya pernah lalui bukannya dari warga Amerika, tetapi adalah dari kaum saya sendiri. Mereka panggil saya ‘Perempuan Sampah’ dan menyuruh saya ‘might as well go naked‘. Yang paling teruk, mengecewakan dan sexist yang pernah saya lalui adalah dari mulut bangsa Melayu. Apa yang saya boleh buat adalah sabar. Allah itu Maha Segalanya. Dan alhamdullilah untuk segalanya. Jadi, inilah saya. Saya akan pakai apa sahaja yang saya mahu. Saya akan tunjuk penghargaan saya tidak kira melalui berjabat tangan, atau pelukan kepada sahabat saya, ini adalah saya. Save your mediocre downgrading religious preach to yourself, they have no meaning to me. Pernah beberapa orang Amerika menyuruh saya untuk membuka hijab dan saya katakan tidak. Saya juga mempunyai rakan Melayu yang menyuruh saya membuka hijab dari memakai turban, baik saya tidak memakai hijab, dan saya katakan tidak. Saya adalah saya.”
https://www.instagram.com/p/BIFp9Vmhn3B/?taken-by=yunamusic&hl=en
Semoga Yuna kekal tabah dan sabar ini. Ada baiknya Yuna tidak ambil peduli akan perkara dan aura negatif yang dilontarkan oleh segelintir orang yang tidak langsung menghormati kehidupan orang lain. Haters gonna hate.