Gambar : shutterstock
Cuba ingat semula bila agaknya kali terakhir anda ‘hidup’ dengan mematikan segala talian telefon atau internet? Dan ingat semula kitaran hidup anda sebelum kuasa digital menguasai diri anda?
Satu kajian dilakukan di United Kingdom mendapati kelompok manusia yang hidup tanpa tenaga digital lebih menghargai kehidupan dan kebanyakan mereka yang hidup diikat internet ini lebih mudah mengalami tekanan dalam diri.
Lihat bagaimana dengan melakukan digital detox anda mampu meraikan hidup dengan lebih indah.
BAGAIMANA MAHU BERMULA?
Pertama disiplin. Jika anda mahu menghargai kehidupan – apa yang ada di depan mata dan apa yang bakal anda teroka. Takkan anda hanya mahu merasai semuanya secara digital? Rasakan sendiri pengalaman. Internet itu hanya rujukan bukan keperluan kerana kadang-kadang kita lupa tanpa internet hidup kita lebih tenang dan lebih sempurna jalanannya. Perkara ini harus disemat dalam minda anda!
BEBAS GAJET KETIKA BERCUTI
Take it like a real traveler. Hanya berteman peta, ringan mulut dan naluri hati untuk membawa anda ke destinasi yang mungkin anda sendiri belum tentu pasti. Tetapi apa yang pasti dalam setiap pengembaraan akan ada sesuatu yang boleh anda belajar. Jika hanya berpandu apa yang ada di Google anda tidaklah begitu merasai erti mengembara.
PILIH TEMPAT TINGGAL DENGAN AKSES INTERNET TERHAD
Mungkin ramai beranggapan semua hotel menawarkan rangkaian internet percuma 24 jam. Tetapi tidak sebenarnya. Sesetengah hotel hanya mempunyai akses internet di kawasan tertentu seperti lobi sahaja. Ini beralasan tidak mahu pengunjung yang datang ke pulau ini hanya berdiam bersama peranti digital di dalam bilik. Pulau itu harus diteroka keindahannya jika masih mahu terikat dengan telefon pintar anda silakan ke pulau lain.