Gambar: Sumber Google
Setiap latar budaya punya definisi cantik berbeza. Begitu juga dengan masyarakat di Korea Selatan mereka memiliki satu fahaman serupa tentang idea cantik sempurna yang mampu menarik perhatian disamping menjadikan hal tersebut sebagai lambang status dalam sistem sosial mereka.
Boleh kita lihat dari segi kecantikan barisan selebriti dari Korea seperti Yoo In Na, Ha Ji Won, Lee Na Young dan ramai lagi, masing-masing punya kulit wajah yang cantik muda berseri. Bagi mereka mengamalkan rutin kecantikan semula jadi adalah sangat penting untuk kulit yang anjal dan sihat.
Ketahui definisi wajah sempurna bagi masyarakat Korea di bawah.
1. Mata
Mereka sukakan kelopak mata berlapis yang disebut sebagai ‘Ssangapul’. Orang di Korea percaya dengan memiliki double eye lid, mata mereka akan kelihatan lebih besar dan menyerlah. Jadi tidak hairanlah pembedahan plastik pada kelopak mata di sana merupakan antara yang paling popular.
2. Kulit
Masyarakat Korea percaya jika anda memiliki kulit cerah berseri ia merupakan lambang status dan penting bagi mereka untuk memiliki kulit sempurna bagi mendapat tempat dalam sistem sosial di negara mereka.
3. Bentuk Wajah
Wajah berbentuk bujur sirih merupakan dambaan semua masyarakat di sana. Mereka senang dengan saiz wajah yang kecil – the smaller the better!