*Hidangan untuk 3 orang
Asyik hidangan pisang goreng keju sahaja. Kadang kala best juga jika kita cuba resipi lain untuk hidangan minum petang sambil melayan program televisyen di rumah.
EH! kongsikan resipi penkek kelapa yang sesuai dijadikan sebagai sajian sarapan pagi mahupun sebagai snek minum petang.
Bahan-bahan
200g tepung penaik
25g gula
80ml air
1 biji telur
270ml santan
1 ½ sudu makan kelapa parut
Minyak masak
Sirap mapel
Buah-buahan segar
Cara-cara
Campurkan tepung, gula, air, telur dan santan sehingga adunan menjadi lembut.
Kacau bersama parutan kelapa.
Masukkan minyak masak ke dalam kuali dengan api yang sederhana.
Tuangkan dua sudu makan adunan ke dalam kuali.
Masak 1 hingga 2 minit atau sehingga permukaan mengelembung atau bertukar warna kekuningan dan terbalikkan. Ulang sehingga semua adunan digunakan.
Hidang bersama gula maple berserta pilihan buah-buahan kegemaran anda.
Resipi dipetik daripada buku resipi Food for the Brain yang ditulis oleh pakar penuaan dari Jepun, Profesor Takuji Shirasawa. Menerusi buku ini, Profesor Takuji menjelaskan cara untuk menyihatkan otak dengan lemak-lemak yang sihat daripada kelapa dan lemak ikan. Sekali gus mengurangkan kesan degeneratif untuk jangka masa panjang. Food for the Brain boleh didapati di kedai buku Popular di seluruh negara pada harga pengenalan RM15.90 senaskhah (harga asal: RM19.90).