Oleh : Farhana Fuad
Akhirnya persoalan ramai tentang siapakah gerangan bakal isteri kepada Saharul Ridzwan terjawab. Aktor pilihan ramai ini bakal bernikah dengan pasangannya yang dikenali sebagai Qabilla Deena Emir Mohamed Akif Emir atau Deena Emir pada 16 September nanti.
Majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya. Menurut laporan portal Astro Gempak, mereka telah pun menerima gambar sekeping kad undangan perkahwinan pelakon tersebut yang menjadi tanda tanya ramai sebelum ini.
Saharul sebelum ini pabila ditanya oleh ramai pihak media akan gerangan bakal isterinya, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan merahsiakannya.
Tetapi setelah tersebarnya gambar sekeping kad jemputan perkahwinan ini, teka-teki sudah pun terjawab. Dalam diam, Saharul rupanya bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Deena yang merupakan seorang Instagrammer yang agak popular di laman sosial media tersebut dengan pengikut seramai lebih 67ribu.
Bakal isteri kepada Saharul ini menjalankan perniagaan online, dia menamakan perniagaannya itu sebagai Wrap Boutique House.
EH! ucapkan tahniah buat Saharul dan pasangan! Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan menuju hari bahagia.