Gambar : Shutterstock
Aktiviti seks sememangnya perkara yang menyeronokkan buat pasangan yang sudah termeterai hubungan mereka sebagai suami isteri. Tiada rasa bersalah mahupun curiga kerana anda mempunyai hubungan yang halal dan direstui masyarakat.
Namun begitu, masih juga ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan ketika memadu asrama demi mengelakkan rasa janggal antara anda berdua. EH! senaraikannya di bawah untuk informasi anda.
Salah pilih tempat
Sudah bosan memadu asmara di dalam kamar tidur, anda ingin mencuba sesuatu di luar jangkaan contohnya di dalam kereta atau semak samun. Hubungan seks adalah perihal ‘bawah selimut’ yang perlu dijaga privasinya hanya antara kalian berdua. Jangan memalukan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal.
Terpengaruh dengan video atau filem lucah
Jangan terlalu terpengaruh dengan jalan cerita filem lucah yang menggambarkan keasyikan tiada bandingan. Bezakan dunia realiti dan lakonan. Pasti anda terkejut bila mengetahui bagaimana wajah pelakon wanitanya tanpa solekan.
Elak hubungan intim ketika sakit
Anda sudah membuat rancangan untuk menikmati saat manis bersama pasangan dengan tempahan makan malam romantis dan penginapan mewah di hotel, namun si dia pula diserang demam panas secara tiba-tiba. Walaupun anda kecewa kerana rancangan tidak menjadi, namun hormatilah keadaannya yang sedang sakit. Beri dia ruang untuk berehat. Dengan sikap toleransi ini, ia membuatkan rasa kasihnya pada anda berlipat ganda.
Paksaan itu menjengkelkan!
Setiap manusia tidak suka dipaksa, termasuk anda dan pasangan. Justeru, jangan sesekali menyuruh dia menuruti kehendak anda yang merepek dan menyusahkan. Apabila tiada keikhlasan melakukannya, maka tiada rasa kepuasan dalam hubungan intim kalian.
Aktiviti berat sebelah
Jangan mengharapkan sesuatu yang anda juga tidak sanggup lakukan. Jika anda ingin dia melakukan dalam posisi yang berlainan dari selalu, anda juga perlu bersedia untuk memberi dia kepuasan yang sama.