Gambar : Instagram Fattah
Terkini, hubungan cinta antara dua selebriti popular tempatan, Fattah Amin dan Sherry Ibrahim berakhir setelah beberapa bulan mengalami masalah peribadi yang tidak dapat dikongsikan mereka.
Namun, Fattah menyatakan pada BH Online yang mereka memutuskan ikatan perhubungan mereka dengan cara yang baik dan tidak dinafikan yang mereka masih lagi bersahabat seperti biasa.
Bagi Fattah, soal jodoh adalah diluar kemampuannya dan punca perpisahan biarlah hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Biarpun sudah berpisah, Fattah mengharapkan yang Sherry akan kekal maju jaya dan sukses dalam kerjaya seninya. Fattah turut menunjukkan sokongannya kepada Sherry yang bakal melancarkan single lagu tidak lama lagi.
“Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama. Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya. Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini. Namun kami tiada jodoh dan perlu reda berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, sememangnya agak susah untuk pihak media menghidu akan hubungan yang terjalin antara mereka, inikan pula tentang berakhirnya perhubungan mereka.