Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Astro
Tahun lalu, jejaka kelahiran kota Singapura, Sufi Rashid telah dinobatkan sebagai juara untuk program realiti televisyen, Akademi Fantasia 2015. Tahun ini AKademi Fantasia terus bersiaran dan Astro baru saja mengumumkan senarai 14 orang pelajar yang terpilih.
Astro juga merancang untuk menyerap masuk juara bagi pertandingan JoHaRockStar anjuran ERA fm ke dalam program AF16 untuk bersama menyertai pelajar yang lain.
Pengumuman untuk pelajar JoHaRockStar yang bakal diserap ini akan dibuat pada minggu ketiga bersiarannya AF16. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, ini bertujuan untuk memberi kelainan dan memberi cabaran kepada pelajar agar mereka sentiasa fokus kepada pembelajaran mereka dan berjuang sehabis baik demi mengekalkan kedudukan mereka di dalam program ini.
Program realiti tv ini bakal mula bersiaran secara eksklusif di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123. Rutin harian pelajar AF16 yang menjalani kehidupan di akademi boleh ditonton menerusi Diari AF2016 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 6.30 petang bermula 15 Ogos ini.
Konsert Mingguan AF2016 akan mula bersiaran secara langsung dari Auditoriam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 Ogos.
Kali ini, 100% keputusan dan kuasa penjurian adalah mengikut pemilihan oleh Pengetua dan barisan juri tetap AF2016, dan jumlah sebenar pelajar yang bakal meneruskan perjuangan mereka hanya akan terjawab pada malam konsert pertama nanti.
Zizan Razak sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk menjadi pengacara konsert mingguan, manakala Dahlia Shazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal dipilih sebagai pengacara diari secara bergilir-gilir.
Buat julung kalinya, AF2016 bakal menggunakan format permakahan berdasarkan sistem pesanan ringkas atau AFUNDI dan undian dari penonton di laman web rasmi www.af.com.my.
Tahun ini, hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi sumbangan Astro dan hadiah sampingan lain menanti juara musim ini. Naib juara akan memenangi wang tunai RM20,000 dan trofi serta hadiah sampingan. Tempat ketiga, keempat dan kelima akan membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Lihat senarai penuh 14 pelajar yang bakal bertanding di konsert minggu pertama nanti di bawah:
Nama : Nur Hafizah Longkip @ Thomas
Umur : 23 tahun
Asal : Sabah
Pekerjaan : Penyanyi Sambilan
Fakta Menarik : Meminati tarian HipHop dan menyanyi sejak di ASWARA.