Umum tahu bahawa hubungan yang terjalin diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim kini sudah terlerai. Sebelum ini Fattah enggan berkongsi punca perpisahan merekam baginya biarlah hanya dia dan Sherry yang mengetahuinya.
Tidak dinafikan yang Fattah dan Sherry masih lagi bersahabat meskipun sudah berpisah. Terbaru, menerusi akaun Instagram Sherry memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen meminta maaf kerana tidak member respons kepada media juga rakan-rakan yang cuba menghubunginya.
Sherry turut menyatakan yang dirinya belum lagi bersedia untuk member sebarang komen tentang perpisahan ini. Dalam masa yang sama, aktres yang tampil dengan penampilan baru berhijab ini menerima segala dugaan yang diberikan kepada dirinya ini kerana baginya ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.
Dalam gambar yang seterusnya, Sherry yang kini berada diluar Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang sentiasa memberikan kata-kata semangat.
Semoga Sherry kekal kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.