Datang bulan bukan alasan untuk anda makan apa sahaja. EH! bariskan lima makanan yang patut anda ambil bila tiba ‘datang bulan’.
Saban bulan, pabila tiba waktunya setiap wanita akan mengalami haid atau orang kita biasa panggil ‘datang bulan’. Dan untuk sebahagian perempuan selalunya beberapa hari sebelum tiba haid selera makannya bertambah-tambah.
Dan ramai juga wanita yang berasa tidak selesa bila haid, ada yang berasa sakit (senggugut) serta makan lebih banyak dari biasa.Tapi dalam apa jua keadaan, anda dinasihatkan tetap menjaga pemakanan.
Datang bulan bukan alasan untuk anda makan apa sahaja. Ya, mungkin selera makan bertambah tapi lebih bagus apa yang anda ambil itu bermanfaat untuk tubuh dan mungkin mengurangkan kesakitan dan rasa tidak selesa sewaktu haid.