Oleh : Razin Mohd
Gambar : Shutterstock

Bahan-bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
Bahan-bahan B (ayak bersama)
60g tepung kek
20g tepung jagung
Bahan-bahan C:
5 biji telur kuning
1¼ sudu kecil garam
Bahan-bahan D:
5 biji telur putih
1¼ sudu kecil cream of tartar
120g gula halus
Cara Penyediaan:
- Cairkan bahan A dengan cara double boiler, kacau hingga sebati.
 - Masukkan bahan B & C dan kacau hinggan sebati.
 - Pastikan aduan keju sedikit sejuk sebelum memasukan ke dalam telur.
 - Pukul telur putih bersama cream of tar tar dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga kembang seperti meringue.
 - Masukkan adunan telur putih tadi kedalam adunan cheese sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati, jangan kacau terlalu laju pastikan teksturnya ringan dan masih kembang kemudian tuangkan kedalam loyang.
 - Bakarkan kek keju dengan menggunakan water bath* pada suhu 160C untuk 15 minit, kurangkan suhu kepada 150C and bakar untuk 45 minit.
 - Turunkan suhu kepada 140C and bakar sehingga atas kek jadi golden brown. Cucuk tengah kek untuk pastikan tengah kek masak atau tidak. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.
 
*Waterbath adalah kaedah membakar di dalam loyang yang lebih besar yang diisi air panas, ¼ dari ketinggian loyang kek.
