Oleh : Izzati Saadin
Gambar : Shutterstock
Bagi semua bakal-bakal ibu, selain membuat survey hospital mana untuk bersalin, barang keperluan bayi seperti katil bayi mana yang cantik, kereta sorong mana yang paling berkualiti, anda juga perlu sediakan checklist keperluan untuk bersalin nanti.
Jangan tunggu sudah tiba masa bersalin baru sibuk mencari beg pakaian. Seeloknya sediakan peralatan bersalin sebulan sebelum tarikh anda bersalin, barulah segalanya terancang rapi dan anda lebih tenang menghadapi momen penting!
Keperluan Ibu Di Wad
- Tuala – sehelai
- Kain batik – 2-3 helai
- Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang)
- Kelengkapan Mandian – (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
- Baju butang hadapan – sepasang
- Persalinan baju untuk pulang
- Nursing Pad – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
- Kismis, kurma, biskut, roti, milo
- Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.
- Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
- Sarung kaki tebal – 1-2 pasang
- Getah rambut
- Buku Pink – Buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana, bagaikan passport untuk ibu mengandung.
- Beg Laundry – untuk meletakkan baju kotor.
- Sikat (petua orang tua-tua, jika susu sukar keluar, sikat pada payudara beberapa kali)
Keperluan Bayi Di Wad
- Baju lengan panjang butang hadapan – 1 helai
- Baju lengan pendek butang hadapan – 3 helai
- Botol Susu Bayi dan susu formula (sekiranya susu anda masih tidak keluar)
- Tuala Bayi– 1 helai
- Lampin – 5 helai
- Diaper/Nappy – 10 keping
- Kain bedung – 1-2 helai
- Mitten & Booties (Sarung tangan dan kaki bayi) – 3 pasang
- Topi bayi – 1 helai
- Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek
- Bag/plastik untuk menyimpan uri