Gambar : Instagram Nazim Othman
Akhirnya, Nazim Othman dan Bella Dally bakal disatukan tidak lama lagi. Pasangan ini sememangnya tidak memaklumkan kepada media tarikh perkahwinan mereka setakat ini, tetapi menurut laporan BH Online sumber memaklumkan yang majlis akad nikah Nazim dan Bella akan dilangsungkan pada 10 September nanti.
Mereka bakal diijab kabulkan di kampung halaman Bella di Kota Kinabalu, Sabah. Majlis resepsi pihak pengantin perempuan akan mengambil tempat pada hari yang sama.
Manakala majlis resepsi di sebelah lelaki pada 17 September di Johor Bahru. Pada bulan November tahun lalu, Nazim telah pun menghantar rombongan meminang di Sabah.
Baru-baru ini, Nazim dan Bella turut sempat mengambil gambar pra-perkahwinan. Ia boleh dilihat menerusi akaun Instagram Nazim. Berlatarkan permandangan senja di tepi laut, ternyata ia satu momen romantis merakam gambar siluet untuk pasangan yang bakal bernikah ini.
https://www.instagram.com/p/BJfRx2jDY46/?taken-by=nazimothman&hl=en
Pasangan yang sama cocok sama padan ini memilih Bali untuk lokasi penggambaran pra-perkahwinan mereka yang dirakamkan oleh CST Production.
“Dialah juga wanita yang boleh bertahan lama dengan saya. Kalau wanita lain belum tentu lagi. Bella ada bersama saya pada waktu senang dan susah. Saya tahu dia sangat ikhlas berdamping dengan saya. Ketika saya diuji dengan sakit, dialah yang menjaga dan bertanya khabar serta membawa makanan,” kata Nazim kepada BH Online sebelum ini.