Selain terus tanyakan saja pada pasangan kamu untuk mendapat kepastian, atau kamu perhatikan lima perkara ini yang mungkin bisa menjawab persoalan sama ada si dia sudah sedia mahu berkahwin dengan kamu atau tidak.
Dalam cinta, komunikasi adalah kunci penting yang menyuburkan perhubungan. Dan dalam komunikasi juga kamu adakalanya dapat mengesan sebarang petanda sama ada si dia benar-benar serius, sudah bersedia mahu berkahwin atau sebaliknya. EH! bariskan lima perkara yang mungkin menjadi petanda si dia belum sedia mahu berkahwin.
- DIA SUKA MENGKRITIK KAMU DENGAN ALASAN BODOH
Ada saja yang tidak kena di matanya. Baju yang selalu kamu gayakan tiba-tiba tidak cantik di matanya. Atau si dia tiba-tiba bising pabila kamu banyak berbelanja membeli barang-barang kecantikan. Bila ada saja benda yang tidak kena, percayalah itu mungkin tanda si dia sudah mungkin sudah berubah hati atau si dia mahu mencipta drama dalam perhubungan.
- DIA TIDAK SUKAKAN KAWAN-KAWAN KAMU
Bolehkah kamu berkahwin dengan lelaki yang tidak menyenangi kawan-kawan kamu? Pabila kamu mahu bertemu teman seringkali dia melarang. Berkahwin bermaksud menerima orang-orang disekeliling kamu. Jadi, jika dia tidak mahu menerima siapa kawan kamu itu tandanya dia belum sedia untuk terikat dengan komitmen yang panjang.
- SI DIA MENGELAK BERTEMU KELUARGA KAMU
Pabila kamu mengajak kamu keluar makan bersama keluarga kamu, si dia sering saja mencari alasan. Malah si dia juga sebolehnya tidak mahu bertemu adik-beradik kamu. Atau pabila kamu mahu bertemu keluarganya, dia memberi 1001 alasan. Itu memang satu tanda si dia belum mahu memanjangkan hubungan ke jinjang pelamin.
- DIA TIDAK MAHU TAHU TENTANG RANCANGAN MASA DEPAN KAMU
Tidak pernah sekali pun si dia bertanyakan tentang impian dan perancangan masa depan kamu. Agak merisaukan juga jika kamu sudah lama menjalin hubungan yang serius tapi si dia tidak pernah bertanyakan perancangan masa depan kamu. Tidakkah dia mahu tahu apa harapan kamu pada si dia? Tidakkah dia mahu kamu membayangkan kehidupan berkeluarga bersamanya? Fikir-fikirkan.
- PABILA BERCERITA TENTANG MASA DEPAN, DIA TIDAK MENYEBUT NAMA KAMU
Si dia sibuk bercerita dengan kamu tentang perancangan masa depannya, merangkumi hal-hal berkaitan dengan kerjaya, juga niatnya mahu membeli kereta baru atau rumah besar. Dan dia sama sekali tidak menyelitkan diri kamu dalam angan-angan masa depannya. Percayalah, itu mungkin hint yang si dia belum bersedia mahu melamar kamu.