Buat ratu gaya, inilah tempat yang harus berada dalam agenda shopping anda kini. LOGO yang dilancarkan baru-baru ini di Evolve Concept Mall di Ara Damansara, kini menanti fashionista tempatan dengan himpunan aneka item fesyen dari luar negara pada harga berpatutan. Daripada dress menawan, celana cool, jaket pilihan, sepatu ranggi serta aksesori idaman boleh anda miliki di bawah satu bumbung.
Gedung berkeluasan 100,000 kaki persegi itu menawarkan jenama tersohor dari Itali, Perancis, United Kingdom dan serata dunia. Malah ada antaranya adalah edaran eksklusif di Malaysia buat jenama seperti Dsquared2, Just Cavalli, Maison Martin Margiela, MM6, Marc Jacobs (Men), Cerruti 1881, Viktor & Rolf, Vivienne Westwood dan banyak lagi.
Himpunan yang dibawa ke sini kebanyakannya 50% dari harga di butik sebelum ini dan lebih menarik dengan tambahan diskaun, promosi, jualan tertutup serta acara khas buat ahli LOGO. Tidak kira apa bajet anda, item serendah RM50 boleh diperolehi buat pilihan fesyen wanita, lelaki dan juga kanak-kanak.
Dengan ruang pameran yang luas, anggun dan selesa memberikan pengalaman beli-belah yang memuaskan buat semua pengunjung. Menurut Pengarah Fesyen LOGO, Daniel Beltsos, di sebalik setiap LOGO ada perekanya menjadi arah tuju gedung ini. Stok yang beralih dan ditambah setiap minggu mengikut tema selain diwarnai dengan pertunjukan fesyen, hiburan sampingan dan pelbagai lagi aktiviti menjadikan ia lokasi beli-belah yang menarik.
Kini anda tidak perlu lagi berkelana jauh ke Eropah untuk miliki item fesyen dari jenama hebat ini dan lebih menggembirakan, pada harga yang sangat berpatutan. LOGO juga kini punyai cawangan butik di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang dan juga di Freeport Outlet A’Famosa di Melaka.