Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Laneige
Gambar : Shutterstock
Tidur lena sepanjang malam ibarat hanya satu impian kosong sekarang ini. Akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan ramai yang tidurnya mudah terganggu dan tidak pernah cukup. Disebabkan masalah tidur yang dihadapi, kulit turut dirundung masalah.
Kajian mendapati yang dengan satu hari masalah tidur boleh mengurangkan tahap lembapan dan keanjalan kulit, manakala jika seseorang itu mengalami tekanan tidur yang berpanjangan pula boleh menyebabkan peningkatan bilangan kedutan pada wajah. Kurang tidur bukan hanya mengakibatkan lingkaran gelap bawah mata, tetapi juga masalah kulit kusam dan penuaan yang cepat.
Kini, dengan adanya produk terbaru berteknologi tinggi dari Laneige, tidur lena mampu menjadi satu kenyataan. Time Freeze Firming Sleep Mask merupakan solusi bagi masalah yang dilalui oleh ramai orang sekarang ini.
Pupur wajah anti-penuaan ini mampu mengembalikan kulit gebu anjal dan membuatkan kontur wajah lebih muda. Boleh kata dengan penggunaan pupur ini pada waktu tidur akan menjamin anda untuk mendapatkan beauty sleep.
Time Freeze Firming Sleeping Mask ini diperbaharui dengan Dynamic Collagen_EX iaitu teknologi penghasilan kolagen pertama di dalam dunia. Dengan teknologi ini, ia menguraikan kolagen yang lama dan kitar kembali ia untuk menjadi satu rantai kolagen yang baru dan dalam masa yang sama menguatkan lagi lapisan pendokong asid hyaluronik untuk mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
Satu komponen dalam masker dari Laneige ini adalah teknologi Sleep-Tight, yang berformula untuk memastikan kulit anjal dengan pantas. Peredaran masa membuatkan kulit mula mengendur dek kerana kekurangan elemen elastik pada kulit.
Untuk efek kulit anjal berganda, Laneige turut memperkenalkan aplikator untuk menggunakan produk anti-penuaan iaitu Time Freeze Face-fit Roller. Ia membantu untuk mendapatkan bentuk wajah V seperti yang diidamkan oleh ramai wanita.
Ia direka tanpa memerlukan sumber elektrik mahupun bateri. Roller ini dicipta untuk mengurut bahagian bawah dagu dan sepanjang tulang rahang untuk merangsang kulit dan memperbaiki tekstur kulit sebagai satu persediaan sebelum memakai masker Time Freeze Firming Sleep.
Anda boleh mendapatkan masker terbaru dari Laneige ini di mana-mana kaunter dan stor Laneige bermula September ini. Manakala Face-fit Roller pula boleh didapati bermula bulan Oktober ini.