Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Chanel
Setiap hari sesudah mandi dan sebelum kita melangkah keluar dari rumah, satu rutin yang kita akan pastikan adalah memakai haruman. Ia ibarat pelengkap diri agar tampil wangi dan segar sepanjang hari.
Buat wanita, selalunya haruman yang menjadi pilihan tentunya yang mencerminkan personaliti feminin, chic dan berkarisma. Dengan pilihan ini, ia mampu meningkatkan lagi tahap keyakinan diri kala melakukan aktiviti harian serta menjadikan diri lebih selesa.
Bagi saya, saya memilih wangian terbaru dari jenama popular dunia, Chanel iaitu CHANEL N°5 L’EAU. Aromanya yang dibawa dari generasi ke generasi menjadikannya sebagai satu simbolik khazanah yang sungguh bermakna.
Suntikan simple, sofistikated, segar, berani, misteri dan ikonik menjadikan haruman dari CHANEL ini adalah satu item kecantikan yang mesti dimiliki oleh setiap wanita.
Ia dihasilkan dengan komposisi yang memancarkan aroma sitrus bermandikan aroma madu. N°5 L’EAU disempurnakan dengan nota lemon, mandarin dan oren pabila disemburkan pada permukaan kulit berserta pilihan kuntuman aldehydes.
Pabila ia melayang ditiup angin, aromanya diperhalusi bak bunga ros bersama melur dan ylangylang menonjolkan gaya yang lebih moden pada si pemakai. Aroma N°5 L’EAU yang segar bugar ternyata belum pernah ditampilkan oleh N°5 sebelum ini.
N°5 L’EAU boleh didapati dalam dua saiz botol iaitu 50ml pada harga RM390 dan 100ml pada harga RM573. Kini anda boleh dapatkannya di mana-mana kaunter utama CHANEL.