Saya bukanlah penggemar bedak asas kompak, malah penyamar noda (concealer) pun jarang saya gunakan kerana teksturnya yang agak tebal dan kering. Tapi bila saya mencuba sendiri Clinique Beyond Perfecting Powder Foundation + Concealer SPF30/PA+++ baharu ini, pandangan saya terhadap bedak asas kompak berubah.
Ia cukup ringan dan tidak membuat kulit saya bercapuk dan kering. Saya juga sukakan efeknya apabila hanya bahagian yang bermasalah dioles bagaikan penyamar noda, tampak cukup natural!
Inginkan kulit mulus semula jadi? EH! kongsi 5 tip untuk realisasinya.
- Sentiasa mulakan dengan penjagaan asas kulit, oleskan penyegar (toner) terlebih dahulu agar semua liang pori-pori mengecil.
- Sapu pelembap pada wajah untuk kesan solekan lebih natural dan kekal lama.
- Oleskan bedak asas kompak Beyond Perfecting Powder Foundation + Concealer SPF 30/PA+++ pada seluruh wajah dengan menggunakan bahagian span yang biasa untuk litupan ringan. Kemudian oleskan pada bahagian yang lebih bermasalah dengan bahagian span yang bertekstur baldu untuk litupan menyeluruh.
- Lipat span untuk olesan pada sudut-sudut wajah yang sukar disapu
- Kemaskan solekan dengan semburan wajah agar kulit wajah kekal segar dan lembap!