Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Arkib EH!
Amelia Henderson is now back on Instagram! Setelah akaun Instagram miliknya iaitu @Ameliathd igodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selama beberapa hari, kini akaun Instagram milik pelakon, model dan pengacara ini kembali menjadi milik Che Puan Amelia Henderson.
Isteri kepada Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar ini turut berkesempatan berkongsi dengan saya akan situasi yang dihadapinya setelah akaun tersebut digodam.
“Pada ketika itu saya sedang bercuti di Bali dan pagi itu saya menerima satu e-mel yang mana meminta untuk saya mengesahkan akaun Instagram saya. Saya terus klik link yang disertakan dalam e-mel tersebut dan log masuk. Serta merta setelah saya log masuk menerusi link tersebut, saya menerima notifikasi yang mana saya telah pun log keluar dari akaun IG saya. Setelah itu saya mendapati yang mana e-mel tersebut adalah satu penipuan,”
“Sepanjang hari itu saya tidak boleh log masuk ke akaun IG saya dan dalam masa yang sama saya tidak henti menghantar e-mel kepada Instagram memaklumkan hal tersebut. Dan akhirnya hari ini (19 September) pada jam 2 pagi saya menerima maklum balas dari Instagram yang mana mereka menghantar saya satu link untuk saya reset segalanya kembali. Saya terus bertindak mengikut prosedur tersebut dan terus masuk tidur. Sebelum masuk tidur saya pastikan yang segalanya selamat. Tetapi sejurus saya bangun dari tidur saya mendapati yang akaun tersebut telah pun digodam kembali. Penggodam tersebut telah pun menukar username kepada @goloaders dan mula memadam semua post,” terang Amelia kepada saya.
Pelakon cerekarama TV3 Anak Mat Salleh Tetapi Melayu ini turut menyatakan rasa sedihnya atas apa yang berlaku. Baginya, Instagram tersebut mengadungi sebahagian kerja-kerja miliknya.
Dalam masa yang sama, Amelia turut memaklumkan akan insiden tersebut kepada pengikutnya di aplikasi Snapchat. Setelah itu, Amelia mula menyedari yang mana penggodam tersebut sebenarnya sedang memerhatikan segala tindakan Amelia kerana penggodam itu menukar informasi bio Instagram miliknya kepada “We’re watching your snaps.”
Tambah Amelia, seorang sahabatnya cuba untuk berinteraksi dengan penggodam tersebut dan menurutnya, mereka cuba untuk menjual akaun tersebut dengan harga 200 US dolar.
Kini, selebriti jelita ini mendapat semula akaun Instagram miliknya @Ameliath setelah mendapat banyak sokongan dari pengikut serta sahabat-sahabatnya di media sosial.
https://www.instagram.com/p/BKkIh8Wh_ec/?taken-by=ameliath&hl=en
“Apa yang saya boleh katakan, just be careful. Setelah dugaan ini, saya rasa yang macam mana sekali pun kita rasa diri kita dilindungi, jika seseorang ingin menggodam akaun media sosial kita, ia tidak sesukar mana pun. Sentiasa berhati-hati atas apa yang kita kongsikan di media sosial kerana kita tidak akan boleh memadamnya semula.”