Gambar : TPGimages
Putera George terbang ke Kanada bersama ayahanda dan bondanya, Putera William dan Kate Middleton serta adiknya, Puteri Charlotte. Ia merupakan satu lawatan rasmi ke sana dan ia juga adalah pertama kali Putera George berjumpa dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Setibanya keluarga di-raja ini di Kanada, mereka telah dijemput sendiri oleh Trudeau. Dilihat menerusi sebuah video yang dirakamkan ketika momen tersebut, Trudeau cuba untuk bersalaman dan high-five dengan Putera George, namun percubaan tersebut gagal.
Mungkin ia satu momen yang pelik bagi Perdana Menteri itu, namun pastinya Trudeau dan putera comel ini boleh menjadi akrab selepas ini kerana mereka akan menerusi kembara ke Vancouver, Kelowna, Yukon, Victoria dan Haida Gwaii Oktober ini.
EH! kongsikan juga gambar comel Putera George kala tiba di Kanada untuk lawatan rasmi.