Gambar : TPGimages
Leonardo Dicaprio sememangnya mempunyai banyak kediaman cantik di beberapa buah negara selain dari Amerika Syarikat. Kini, aktor utama yang mula mengecapi popularity dengan filem Titanic ini ingin menjual dua aset rumah miliknya termasuklah salah satu rumah yang terletak di Billionaire’s Beach.
Menurut laporan media antarabangsa, Leo ingin menjual rumah ladangnya di Studio City, California pada amaun US$2.4juta. Dikatakan kediaman itu turut disenaraikan dalam senarai kawasan yang indah dan privasi di sekitar perumahan elit Los Angeles.
Kediaman itu dibina pada tahun 1930 dan diubah suai mempunyai pelan lantai terbuka, ruang santai di tepi kolam renang dan dapur idaman ramai. Meskipun kediaman itu tidaklah merupakan satu mansion yang besar, tetapi ia mempunyai kemudahan yang cukup mewah.
[soliloquy id=”99911″]
Kediaman kedua milik Leo yang dibuka untuk jualan adalah rumahnya yang terletak di tepi pantai Malibu. Ia menjadi miliknya sejak tahun 1998. Ada kata yang rumah itu adalah di mana ibunya tinggal sebelum ini.
[soliloquy id=”99912″]
Rumah yang cukup sempurna dengan menghadap laut biru itu dijual pada harga US$10.95 juta. Sebelum ini ia pernah disewakan pada harga US$23,000 sebulan.
Banglo mewah itu direka dengan lantai kayu, tab mandian dan yang paling menarik adalah pemandangan indah Lautan Pasifik dari kawasan legar kediaman itu. Ia dibina pada tahun 1950.