Team EH! memilih lapan destinasi sajian manis di Lembah Klang yang mesti kamu cuba, dari pilihan kek, pastri hinggalah ke aiskrim. Jika ada masa jangan lupa singgah ke destinasi pilihan kami ini okey!
Khairul Abidin, Editor
Kafe Pilihan: Foo Foo, Taman Tun Dr Ismail
Sorbet di sini antara yang saya senangi. Pavlova juga antara yang banyak dipesan pengunjung pabila ke sini. Jika sekadar mahu minum-minum saja, saya sukakan Hot Chocolate nya.
Izzati Saadin, Timbalan Pengarang Kecantikan
Kafe Pilihan: Inside Scoop, Bangsar
Kalau dahulu waktu kecil, hanya tahu makan waffle A&W sahaja, jadi tidaklah gemar sangat makan waffle kerana rasanya biasa-biasa saja. Tapi sekarang selepas cuba Inside Scoop, baru saya tahu wujudnya waffle yang bagus, sedap dan berkualiti! malah pilihan aiskrim yang ditawarkan juga semuanya sedap dan menarik! lagi-lagi perisa durian memang recommended. so, yummy waffle+yummy ice cream memang perfect combo!
Muzammin Muzlan, Penulis Kanan Fesyen
Kafe Pilihan: Patissez Malaysia, Bangsar KL
Selepas mengetahui Patissez membuka kafe pertama mereka di Kuala Lumpur (pertama di luar Australia), saya mengambil peluang untuk terus mencuba minuman pemanis mulut signature yang mencipta fenomena itu. Memang puas dapat mencuba sendiri Freak Shake yang melimpah-ruah dengan pelbagai jenis topping. Dan perisa kegemaran saya adalah Pretzella dan Mint Condition.
https://www.instagram.com/p/BKeqUerANEC/
Anis Hanini, Penulis Kanan Gaya Hidup
Kafe pilihan: Classic Rebel, Petaling Jaya
Saya selalu ternampak brownies cookies di Instagram dan Pinterest dan tidak sangka pula pencuci mulut itu ada di Malaysia. Jika anda ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba Mint Brownies Cookies dan Nutella Chocolate Cake. Sedap!
Azliany Mohamad, Penulis
Kafe pilihan: Kafe Zainab, Petaling Jaya
Bila saya teringin untuk menikmati hidangan pemanis mulut yang fusion, saya akan pergi ke kafe Zainab kerana sajian pemanis mulutnya menggabungkan kuih tradisional melayu bersama sos coklat yang sememangnya enak. Pilihan saya semestinya kuih keria bersama sos coklat.
Julia Azman, Penulis Fesyen
Kafe pilihan: Jaslyn Cakes, Jalan Telawi 2, Bangsar
Kalau hendak ikutkan tekak, setiap minggu nak makan kek dekat sini. Antara favourite saya, kek Red Velvet dan kek lobak. Jika anda berada di Bangsar, singgahlah sebentar menikmati sepotong kek di kafe Jaslyn tanpa ragu-ragu!
Razin Mohd, Penulis Projek Khas
Kafe pilihan: Cake Jalan Tiung, Shah Alam
Saya sukakan sajian di sini kerana keknya segar dan anda boleh lihat sendiri suasana sibuk kru-kru menyiapkan kek sambil anda menikmati sendiri keenakan keknya bersama kopi.
Farhana Fuad, Penulis Web
Kafe pilihan : Sugar & Butter by 126 Kitchen, Damansara Perdana
Sebelum ini saya tidak pernah menganggap yang diri saya seorang yang sukakan kek. Tetapi sejak saya merasakan kesegaran dan keenakan kek di kafe ini, ternyata saya sukakannya. Ia juga menerima tempahan mengikut kehendak anda. Totally recommended!
https://www.instagram.com/p/BKxHlGVg3FT/?hl=en