Pusingan kostum kebangsaan adalah satu pertunjukan yang ditunggu-tunggu acap kali tiba pertandingan Miss Universe. Dan buat tahun ini, beberapa negara sudahpun mempersembahkan kostum mereka dengan cerita dan penyampaian yang cukup unik termasuklah buat Negara kita.
Tahun ini Miss Universe bakal berlangsung di Atlanta, Georgia USA dan ditayangkan secara langsung pada 8 Disember ini (9 Disember tarikh di Malaysia). Dengan rasa cukup teruja EH! senaraikan antara kostum pilihan kami yang sudahpun diumukan oleh beberapa negara yang punya keunikan dan keistimewaannya tersendiri.