Meraikan ulang tahun majalah EH! ke-20, EH! TOP 20 tahun ini dibarisi wajah-wajah popular dari pelbagai lapisan generasi dunia hiburan selain variasi lapangan; pengacaraan, nyanyian juga lakonan. Muka lama dan baru kami satukan sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam menggilap prestasi dan kualiti selain tanda terima kasih atas sokongan mereka kepada EH!
Antara yang memeriahkan senarai tahun ini ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Alif Satar hinggalah wajah generasi baru seperti Nabial Razali, Daiyan Trisha dan Wany Hasrita. Istimewanya edisi ini, kami tampil dengan dua muka depan berbeza yang menggabungkan 20 selebriti terpilih. Semuanya dibaluti busana ilham pereka tempatan, ada 20 pereka semuanya.
EH! TOP 20 tahun ini mendapat kerjasama daripada jenama kecantikan kelahiran Paris, YSL Beauty. Kesemua wajah EH! TOP 20 ini mendapat sentuhan jurusolek menggunakan rangkaian kosmetik ternama ini. Majlis meraikan EH! TOP 20 dan ulang tahun ke-20 EH! akan berlangsung pada 5 November 2019. Nantikan perkongsian lanjut kami tentang keraian yang ditunggu-tunggu ini. Di eh.com.my juga di akaun media sosial kami seperti Facebook dan Instagram.