Malam kemuncak Anugerah Stail EH! 2019 yang dibawakan oleh LANCÔME telah melabuhkan tirai pada 25 Julai lalu dengan menobatkan Scha Alyahya sebagai pemenang utama.
Sempena ulang tahun EH! yang ke-20, sidang editorial EH! Malaysia membariskan 20 kategori secara keseluruhan pada tahun ini yang melibatkan selebriti lama dan baharu, pereka fesyen, influencer, model, jurusolek serta pendandan rambut yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri hiburan tanah air.
Diacarakan oleh influencer tersohor, Yaya Zahir serta hos Gempak TV, Isha Norisham, majlis yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan yang hebat daripada penyanyi popular tanah air seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Khai Bahar dan juga Zizi Kirana.
https://www.instagram.com/p/B0VxMUiFCoV/
Penganjuran kali ke-7 yang mengetengahkan Alter Ego sebagai tema bagi edisi tahun ini, turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti ternama Malaysia antaranya Neelofa, Scha Alyahya, Sherry Alhadad, Hael Husaini, Zahirah MacWilson, Awal Ashaari dan ramai lagi.
https://www.instagram.com/p/B0XassylALf/
Majlis yang turut mendapat kerjasama dari rakan media Astro Ria, Hlive! dan Gempak TV itu juga bertujuan mengangkat selebriti tempatan serta individu-individu yang bergiat aktif dalam bidang seni yang sering menjadi perhatian pelbagai cabang media massa terutamanya media sosial.
Lebih menarik, jumlah undian yang mencecah 45,290 undian itu difahamkan dua kali ganda berbanding edisi sebelum ini. Malah, di atas sokongan yang tidak putus daripada pembaca setia EH! Malaysia, beberapa nama selebriti popular mendominasi carta Anugerah Stail EH! bagi edisi kali ini.
Di sini, EH! kongsikan senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan termasuk satu anugerah utama iaitu “Anugerah Stail EH! 2019”