Saya sayang semua gajet saya dan ia menjadi kemestian untuk sentiasa berhubung dengan internet sepanjang masa. Saya suka menggunakan internet sebaik mungkin, jadi saya muat turun beberapa aplikasi terbaru tentang kecantikan dan fesyen terkini! Oh, sebagai bonus, aplikasi ini sedikit sebanyak membantu saya untuk kekal cerah sepanjang masa! Antara tiga jenis aplikasi yang menjadi kegemaran saya ialah:
Blogilates
Mengekalkan tubuh yang sihat adalah sangat penting dan aplikasi ini sesuai dengan gaya hidup saya! Anda akan dibimbing oleh seorang guru pilates, Casey Ho, menerusi video senaman yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai resipi makanan yang sihat dan forum untuk berbincang tentang senaman.
Beautylish
Saya suka melayari internet untuk melihat trend rambut dan kuku terbaru yang boleh saya cuba. Apabila teman memperkenalkan Beautylish kepada saya, saya terus terpaut! Aplikasi ini penuh dengan inspirasi, tip dan ulasan tentang produk. Yang menjadi kegemaran saya? Tentu sekali tutorial untuk setiap gaya!
Netrobe
Saya pasti anda tentu suka yang ini! Netrobe membantu saya untuk mix and match helaian dan kongsi dengan teman untuk tahu pendapat mereka sama ada sesuai atau tidak untuk digayakan. Ibarat mempunyai penata gaya peribadi sepanjang masa, setiap hari! Pengguna lain juga memuat naik gambar mereka; dari situlah anda mendapat inspirasi #ootd anda!
Inginkan kulit cerah? Mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan L’Oréal Paris White Perfect Double Essence, White Perfect Day Cream SPF 17/PA++ dan White Perfect Night Cream. Dengan bahan-bahan Melanin Vanish™ dan batu permata Tourmaline, ia mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih berseri. Lebih menarik, White Perfect diuji secara dermatologi untuk kulit orang Asia.
Dapatkan maklumat lanjut di