Samsung Malaysia lancar telefon pintar premium, Galaxy Note10 yang menggabungkan reka bentuk elegan dengan prestasi dan penekanan terhadap elemen produktiviti yang membolehkan ia dimanfaatkan dalam pelbagai guna.
Buat pertama kali, Samsung turut memperkenalkan dua peranti Note iaitu Note10 dan Note10+, dengan kedua-duanya menampilkan inovasi revolusioner dari segi kreativiti, produktiviti, reka bentuk dan prestasi.
Siri terbaharu Galaxy Note ini memberi pengguna kebebasan untuk bekerja mengikut cara yang diinginkan malah masih mampu memaparkan kreativiti masing-masing.
Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim berkata, Galaxy Note10 membuktikan bahawa Samsung terus menjadi inovator terhadap peranti mudah alih baharu yang mampu merentasi semua platform.
Didatangkan dengan dua size yang berbeza, Galaxy Note10 hadir dengan 6.3 inci paparan infiniti sinematik sebagai Note paling kompak, manakala Galaxy Note10+ tampil dengan paparan Note terbesar iaitu infiniti sinematik 6.8 inci yang mudah dipegang dan digunakan.
Selain terkandung ciri pengecasan pantas, pengguna juga boleh memindahkan fail secara mudah dengan menyambung telefon pintar ini ke PC atau Mac melalui Samsung Dex tanpa sebarang masalah.