“Dunia ibarat sebuah buku, bagi yang tidak mengembara ibarat hanya membaca sehelai muka surat sahaja”, kata Saint Augustine. Setiap tahun saya pastikan ada sebuah negara baru yang akan saya jelajah. Pengalaman merasai sendiri kepelbagaian budaya sambil menikmati keindahan negara orang sangat menakjubkan. Dunia di luar sana menantikan kehadiran pengembara baru. Ini antara senarai lima tempat idaman yang saya idamkan satu hari nanti!
Paris
Sebuah kota romantik! Setiap kali menatap gambar negara ini, membuatkan saya jatuh cinta dengan Paris dan ia merupakan lokasi yang wajib saya kunjungi. Saya membayangkan diri mengambil gambar di bawah Menara Eiffel, berjalan di sepanjang Champs Elysees dan mencuba sendiri macarons dari Ladurée (sangat popular dan pernah muncul dalam drama bersiri Gossip Girl). Saya dengar orang di sana semuanya baik-baik belaka dan tiada yang mampu menandingi bau roti baguettes yang baru dimasak sebaik melangkah keluar berjalan-jalan pada waktu pagi.
Kota New York
‘The concrete jungle where dreams are made of, there’s nothing you can’t do…’ saya suka lagu Alicia Keys ini! ‘Hutan Konkrit’ melambangkan kota New York secara keseluruhannya. Sebuah bandaraya yang sibuk dan mengujakan. Apa yang akan saya lakukan jika berpeluang ke sana ialah untuk melihat langit dari dek tinjau bangunan Empire State. Tidak sabar untuk merakam gambar-gambar menarik di sana!
Tokyo
Tokyo ialah pusat tumpuan membeli belah dunia dan daerah Shibuya merupakan syurga kaki membeli belah! Ia merupakan kawasan tumpuan fesyen bagi orang muda dan saya tak sabar untuk menghabiskan masa bersama teman–teman untuk tawar menawar di sana. Jika anda mencari barangan berjenama, Tokyo adalah tempatnya.
Seychelles
Dengan pasir merah jambu, air biru dan pantai yang indah, Seychelles merupakan lokasi terbaik bagi penggemar pantai! Menyaksikan matahari terbenam berlatarbelakangkan pemandangan yang cukup menakjubkan; langit oren, merah jambu dan kuning yang sungguh cantik seperti lukisan. Saya pasti akan terleka dengan pengalaman ini seperti tak mahu kembali ke dunia realiti.
Istanbul
Bandar yang penuh dengan sejarah dan budaya. Saya pernah terbaca yang orang Istanbul semuanya sopan, peramah dan setiap sudut mempunyai gua yang menanti untuk diterokai bagi mengetahui rahsia dan khazanah eksotiknya! Sebuah tempat yang tak sabar rasanya nak lawati ialah muzium Hagia Sophia yang berusia 1,481 tahun yang menempatkan artifak berharga dan berkurun lamanya.
Inginkan kulit cerah? Mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan L’Oréal Paris White Perfect Double Essence, White Perfect Day Cream SPF 17/PA++ dan White Perfect Night Cream. Dengan bahan-bahan Melanin Vanish™ dan batu permata Tourmaline, ia mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih berseri. Lebih menarik, White Perfect diuji secara dermatologi untuk kulit orang Asia.
Dapatkan maklumat lanjut di