Helo, saya ada tip terbaru untuk kekal cantik dan cerah! Macam anda, saya suka ambil tahu cerita tentang selebriti. Dunia glamor, karpet merah, wartawan dan dress menawan; kadang-kadang sampai berangan menjadi seorang bintang! Paling mengujakan apabila bintang kegemaran berkongsi tip dan rahsia kecantikan mereka! Saya kongsikan rahsia kecantikan selebriti kesayangan saya supaya anda boleh kekal cerah menawan juga!
“Saya akan cuba untuk tidak mengenakan mekap bagi membolehkan wajah saya bernafas. Paling penting, saya akan pastikan muka sentiasa dibersihkan!” – Lea Michele
Lea Michele sangat cantik! Mengingatkan saya kepada Dewi Yunani! Apabila dia berkongsi tip ini, saya sangat gembira kerana akhirnya ada juga selebriti yang tidak bergantung kepada alat mekap semata-mata. Cuba untuk tidak melitupi wajah kamu setiap hari… biarkan ia bernafas! Pastikan anda mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik. Percayalah, gambar selfie anda nampak menarik dengan kulit yang cerah!
“Saya sering membuat jus sayur-sayuran segar yang dicampur dengan ketumbar atau lada supaya lebih sedap. Ramuannya membuatkan kulit saya berseri dan baik untuk penghadaman juga.” – Freido Pinto.
Ya.. tak semua orang sukakan sayur-sayuran seperti Freida, tapi ia penuh dengan vitamin berkhasiat yang sangat baik untuk kulit anda! Ia membantu membuang toksin dalam badan bagi mendapatkan kulit yang cerah. Apa kata cuba dengan satu per tiga hidangan sayur dalam pinggan makanan atau jadikan ia jus yang sedap?
“Susu adalah minuman yang baik untuk kulit.” – Barbara Palvin
Peragawati Victoria Secret ini pasti tahu apa yang terbaik untuk kulitnya! Tahukah anda? Asid laktik yang ada dalam susu bertindak sebagai natural exfoliator dan membantu mendapatkan ton kulit sekata kerana mengandungi Vitamin D di dalamnya! Cleopatra mengekalkan kelembutan kulitnya dengan mandian susu. Selain itu, susu coklat juga sedap!
“Semakin banyak anda ketawa, semakin muda wajah anda.” – Jennifer Lopez
Saya suka tip ini! Ketawa membantu anda kelihatan muda kerana ia menggunakan sekurang-kurangnya 15 otot muka di samping itu membantu peredaran darah di wajah! Jika anda inginkan hiburan yang cepat, daftar masuk ke laman lawak yang popular, 9GAG atau tonton siri komedi kegemaran (saya suka How I Met Your Mother!) Bahan ketawa kegemaran saya? Aksi kandid yang dirakam dengan kamera!
Inginkan kulit cerah? Mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan L’Oréal Paris White Perfect Double Essence, White Perfect Day Cream SPF 17/PA++ dan White Perfect Night Cream. Dengan bahan-bahan Melanin Vanish™ dan batu permata Tourmaline, ia mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih berseri. Lebih menarik, White Perfect diuji secara dermatologi untuk kulit orang Asia.
Dapatkan maklumat lanjut di