Oleh : Muzammin Muzlan
Gambar : Sumber Google
Kota Venice di Itali adalah antara kota yang paling romantik di dunia. Dan saban tahun kalendar filem antarabangsa akan singgah ke sini dan menyaksikan bukan sahaja filem terbaik ditayangkan buat kali pertama, malahan bintang filem dari seluruh dunia akan berkumpul dalam busana yang layak tersenarai dalam best dresses of all time!
EH! membariskan 10 busana terbaik dari Festival Filem Venice tahun ini.
1. Natalie Portman

Tahun ini menyaksikan penerima Oscar ini mencuri perhatian dalam busana asimetri putih Christian Dior dan layak digelar Ratu Festival Filem Venice.
2. Lily-Rose Depp

Baru berusia 17 tahun, anak kepada pelakon Johnny Depp ini kelihatan cukup elegan dalam LBD custom Chanel.
3. Suki Waterhouse

Ketika menghadiri tayangan perdana The Bad Batch, model dan aktres kelahiran United Kingdom ini memukau dalam gaun berkilauan Dolce & Gabbana.
4. Natalie Portman

Dia berani mengambil risiko dalam gaun rekaan Valentino bersama perhiasan kemas daripada Bulgari. Bravo!
5. Dakota Fanning

Gaun rekaan eksklusif oleh Miu Miu ini kelihatan cukup segar bila digayakan oleh pelakon muda itu.
6. Emma Stone

Antara gaya terbaiknya kala melangkah di pembukaan Festival Filem Venice dalam gaun rekaan Atelier Versace yang menampilkan perincian rambu.
7. Amy Adams

Melangkah di tayangan Nocturnal Animals, Amy Adams kelihatan keemasan dalam gaun asimetri rekaan custom daripada Tom Ford.
8. Naomi Watts

Tidak pernah mengecewakan, pelakon yang terkenal dengan filem The Impossible ini kelihatan glamorous dalam gaun Elie Saab Couture.
9. Gemma Arterton

Dia kelihatan seksi dalam persalinan Armani bersama sepatu hitam Jimmy Choo.
10. Eva Herzigova

Supermodel ini kelihatan feminin dalam gaun jarang dengan perincian floral Alberta Ferretti.
