Gambar : Shutterstock
Acap kali kita dihidangkan dengan pelbagai kisah selebriti tempatan dan antarabangsa yang derita akibat penyalahgunaan dadah, alkohol juga pengambilan ubat-ubatan berlebihan.
Pengambilan bahan-bahan terlarang ini secara ‘overdose’ menjadi punca kematian selebriti popular antarabangsa yang seringkali dilabel sebagai ikon. Kematian mereka sering dikaitkan dengan kemurungan yang berakhir dengan sebuah tragedi.
Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012)
Gambar : mtv.com
Pada usia 48 tahun, penyanyi Amerika, pelakon, penerbit dan bekas model yang sering dirujuk sebagai ‘Ratu Pop’ atau ‘The Voice’ ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu dua hari sebelum bermulanya Anugerah Grammy Ke-53 di Staples Center, Los Angeles. Gabungan beberapa ubat preskripsi dan alkohol menyebabkan Whitney tertidur dan tidak sedarkan diri dalam tab mandi yang berisi air.
Amy Winehouse (14 September 1983 – 23 Julai 2011)
Gambar : hypetrak.com
Terkenal dengan vokal rendah terbaik dan campuran elektrik genre muzik termasuk soul, R & B dan jazz. Pada 26 Oktober 2011, tahap alkohol dalam darahnya mendadak lima kali melebihi had undang-undang. Dia juga mengalami gangguan mental dan kesihatan yang kurang memuaskan. Dilaporkan terdapat dos heroin, ekstasi, kokain, ketamin dan alkohol berlebihan dalam badan pada hari kematiannya.
Brittany Murphy (10 November, 1977 – 20 Disember, 2009)
Gambar : shutterstock
Pelakon dan penyanyi Amerika. Membintangi filem Clueless, Girl, Interrupted dan 8 Mile. Dia jatuh di bilik mandi pada 20 Disember, 2009. Punca utama adalah masalah radang paru-paru akibat kandungan dadah serta kekurangan zat besi dalam badan. Pengambilan dadah dalam dos berlebihan disahkan menerusi muntah selepas mayatnya ditemui.
Michael Jackson (29 Ogos 1958 – 25 Jun 2009)
Gambar : shutterstock
Koroner Los Angeles County mengeluarkan satu kenyataan yang mendakwa mendiang Raja Pop itu meninggal dunia kerana mabuk propofol. Kesan benzodiazepine adalah punca kedua yang menyumbang kepada kematiannya. Ubat-ubatan seperti midazolam, diazepam, lidocaine dan ephedrine turut dikesan dalam sistem badannya. Sehari selepas rumahnya digeledah, laporan mendedahkan bahawa polis telah menemui ganja dan beberapa botol ubat kosong di situ.
Heath Ledger (4 April 1979 – 22 Januari 2008)
Gambar : shutterstock
Pemeriksa perubatan mendapati aktor kelahiran Australia ini mati mengejut pada usia 28 akibat penyalahgunaan ubat preskripsi, antaranya oxycodone, diazepam (Valium AKA), alprazolam (Xanax AKA) dan doxylamine.
Kurt Cobain (20 Februari 1967 – 5 April 1994)
Gambar : Sumber Google
Penyanyi utama, pencipta lagu dan gitaris band Nirvana ini dilaporkan membunuh diri. Senapang juga nota bunuh diri berada berhampiran mayatnya. Laporan toksikologi rasmi mendakwa tahap heroin dalam darah Cobain adalah sebanyak 1.52 miligram seliter.
Elvis Presley (8 Januari 1935 – 16 Ogos 1977)
Gambar : Sumber Google
Raja Rock N Roll ini didakwa mengalami denyutan jantung yang tidak teratur. Ini dipercayai terjadi akibat ubat-ubatan berlebihan. Siasatan lanjut mendapati penyanyi itu telah mengambil sejumlah 5000 hingga 10000 pil yang terdiri daripada 14 jenis ubatan dalam tempoh lapan bulan sebelum kematiannya.
Bruce Lee (27 November 1940 – 20 Julai 1973)
Gambar : Sumber Google
Ikon seni mempertahankan diri ini meninggal dunia di Hong Kong pada usia 32 akibat bengkak otak yang berpunca daripada reaksi alahan ubat penahan sakit yang mengandungi aspirin dan meprobamate. Pil Equagesic (tahan sakit) telah diberikan rakan pelakon kepadanya selepas dia mengadu sakit kepala.
Jimi Hendrix (27 November 1942 – 18 September 1970)
Gambar : Sumber Google
Pemain gitar berpengaruh ini telah ditemui mati di dalam bilik hotel teman wanitanya dan ada juga yang mengatakan bahawa dia meninggal dunia sewaktu perjalanan ke hospital. Punca kematian adalah disebabkan ‘inhalation of vomit’ ataupun ‘penyedutan muntah’ selepas dia dikatakan mengambil pil bantuan tidur.
Marilyn Monroe (1 Jun 1926 – 5 Ogos 1962)
Gambar : Sumber Google
Pelakon berbakat besar, sering dipuji kala membawa apa saja watak terutamanya dalam filem Gentlemen Prefer Blondes, How to Marry a Millionaire, Some Like it Hot, dan The Seven Year Itch. Juga merupakan ikon seks dan fesyen. Dos barbiturates yang berlebihan dikatakan punca kematiannya yang dikaitkan dengan masalah peribadi sehingga menjejaskan reputasi kerjaya.