Ramai yang mengabaikan akan pengambilan makanan ini, sedangkan ia baik untuk paru-paru. EH! kongsi 10 jenis makanan menjamin paru-paru yang sihat.
Paru-paru adalah organ dalaman yang paling penting dalam tubuh kita kerana oksigen yang dihirup masuk melaluinya menyalurkan tenaga ke seluruh tubuh. Namun, udara di sekeliling kita yang kian tercemar membuatkan tubuh kita terdedah pada oksigen yang tidak sihat.
Disebabkan itu, kita dinasihatkan untuk mengambil makanan yang baik untuk paru-paru demi mengurangkan risiko penyakit paru-paru yang boleh mengakibatkan sesak nafas dan maut.
Masalah pernafasan seperti asma, bronchitis, dan pneumonia adalah antara penyakit paru-paru yang banyak menyerang. Untuk mengelakkannya, adalah seeloknya untuk anda amalkan pengambil jenis makanan ini dalam menu makan setiap hari kerana ia baik dalam mencuci paru-paru kita dari bahan atau udara yang merosakkan paru-paru.