Teh hijau terbukti membantu dalam mengurangkan berat badan kerana ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh, menghalang penyerapan lemak dan dalam masa yang sama mengawal tahap glukosa. Ini kerana teh hijau kaya dengan sumber antioksidan yang dipanggil catechin polyphenols. Cuba minum tiga ke lima cawan setiap hari untuk lihat perbezaannya.