Oleh : Khairul ABidin Ishak
Gambar: Twitter Ibtihaj Muhammad
[soliloquy id=”98090″]
Sukan Olimpik baru bermula namun sudah ramai atlet meraih perhatian dunia. Salah seorang yang mencuri tumpuan ialah Ibtihaj Muhammad, yang mana dia menjadi atlet Amerika Syarikat pertama berhijab berkasi di Olimpik.
Kemunculan Ibtihaj di pentas Olimpik dilihat sebagai satu motivasi buat wanita Muslim AMerika untuk terus mengejar impian mereka. Kata Ibtihaj,” Saya mahu membuktikan bahawa tiada apa yang boleh menghalang kita daripada mencapai impian kita- tidak bangsa, tidak agama mahupun jantina.”
EH! mahu mengajak anda mengenali serba sedikit latar belakang wanita waja berusia 30 tahun ini.
1. Dia dilahirkan dan dibesarkan di New Jersey, Amerika Syarikat. Lahir pada 4 Disember 1985.
2. Dia dibesarkan dalam keluarga yang aktif dalam sukan. Abangnya aktif dalam sukan bola sepak manakala kakaknya sama sepertinya melibatkan diri dalam sukan lawan pedang.
3. Dia mula aktif dalam sukan lawan pedang pada usia 13 tahun.
4. Sebelum jatuh cinta kepada sukan lawan pedang, Ibtihaj telah mencuba pelbagai jenis sukan namun dia memilih untuk kekal dengan sukan lawan pedang kerana uniform sukan itu yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslim yang berhijab.
5. Dalam satu temu bualnya bersama Ellen DeGeneres, Ibtihaj berkata ibunya yang menggalakannya untuk kekal dengan sukan lawan pedang kerana kesesuaian uniform sukan tersebut. Dulu ibunya terpaksa mengolah dan membega kembali uniform sukannya untuk disesuaikan dengan penampilannya yang berhijab. “Ibu saya mahu saya kekal aktif dalam sukan kerana dia tahu saya memang seorang yang gemarkan aktiviti ini, dan dalam masa yang sama dia mahu saya kekal berhijab,” luahnya dalam temu bual itu.
6. Dia merupakan graduan lulusan Duke University di North Carolina dan dia mengambil jurusan International Comparative Studies and African and American Studies. Tamat pengajian dia menumpukan perhatian sepenuhnya kepada sukan lawan pedang.
7. Empat tahun lalu sepatutnya dia mewakili Amerika Syarikat di sukan Olimpik London 2012 namun penyertaannya terpaksa dibatalkan kerana mengalami kecederaan.
8. Dia layak menyertai sukan Olimpik Rio 2016 setelah meraih pingat gangsa di World Cup Athens. Sejak itu dia mendapat perhatian seluruh Amerika malah dia diundang mengajar wanita pertama Amerika, Michelle Obama bermain pedang.
9. Ibtihaj mempunyai label fesyennya sendiri yang dikenali sebagai Label fesyen yang berpangkalan di Los Angeles ini menawarkan helaian sopan seperti gaun dan skirt labuh, tunik dan kebanyakan model untuk kempennya fesyennya mengenakan hijab.
10. Ibtihaj juga sangat vokal dalam menyuarakan tentangannya terhadap kempen Donald Trump yang mencadangkan larangan masuk ke atas umat Islam ke Amerika. Seperti dalam satu tweetnya, “@realDonaldTrump if you #banMuslims, how will #TeamUSA‘s Muslim athletes get to Olympic qualifiers?”