Oleh : Izzati Saadin
Gambar : Shutterstock
Pemakaian gincu tidaklah susah mana. Namun ia sama seperti mana anda menjaga kulit, ia perlu dicuci di lulur disapu pelembap dan akhir sekali di solek, barulah gincu tahan lama!
1. Mulakan dengan penjagaan
Lulur bibir satu atau dua kali seminggu, anda boleh cuba lulur dengan garam dan minyak badam. Selesai lulur oleskan pelembap bibir.
2. Elakkan kilauan
Kilauan boleh membuat penampilan anda tampak murah, lebih-lebih lagi pengilat bibir yang mempunyai pigmen metalik. Cuba gunakan gincu yang bertekstur seakan pengilat bibir namun bebas kilauan. Tekstur yang cair apabila terkena cahaya memberi kilauan yang cantik, namun bukan pigmen metalik.
3. Guna warna terang yang sesuai
Gunakan gincu rona terang yang sesuai dengan rona bibir asli, bukan rona kulit. Wanita yang memiliki bibir pucat tampak menyerlah dengan gincu rona ceri atau merjan. Untuk anda yang mempunyai rona bibir yang merah aslicuba palitkan rona merah jambu terang, jingga atau kranberi. Bagi bibir gelap pula cuba rona-rona seperti merah gelap atau burgundy.
4. Tampil Asli
Untuk hasil yang menawan kala memakai gincu rona asli, pastikan ronanya sedikit terang atau sedikit gelap dari ton kulit anda. sekiranya kulit anda pucat cuba gunakan gincu rona asli yang mempunyai suntikan rona merah jambu lembut. Untuk anda yang memiliki kulit sawo matang atau berkulit gelap cuba gincu rona beige.
5. Elakkan rona gelap
Gincu rona gelap seperti biru atau hitam akan memberi penampilan yang agak keras, menakutkan dan lebih berusia. Jika ingin menggunakan rona gelap, cuba rona yang berunsurkan rona beri.
6. Tidak perlu penggaris bibir
Penggaris bibir bukan lagi satu keperluan, untuk menyerlahkan bentuk bibir, anda boleh gunakan penggaris bibir yang sama warna dengan rona bibir bukan dengan rona gincu.
7. Untuk melembutkan penampilan bibir, mesrakan palitan pad garis-garis bibir, usah terlalu berbentuk.
8. Mulakan dari tengah
Tidak kira rona apa sekali pun, ketika anda mengoles gincu pastikan bermula dari tengah kemudian mesrakan ronanya hingga ke hujung bibir. Jangan oles terus dari hujung bibir, ia akan tampak keras.
9. Jangan terlalu pekat
Elakkan pemakaian gincu yang terlalu pekat, cukup setakat dua lapisan lebih-lebih lagi untuk warna-warna yang terang. Sapu dua lapisan kemudian ketapkan kedu-dua bibir, jika tidak rata, cuba mesrakan menggunakan jari.
10. Blot
Untuk pemakaian gincu yang tahan lama, setiap kali lapisan pertama anda harus ketapkan pada tisu, kemudian baru oleskan lapisan kedua.