EH! memilih 10 selebriti lelaki yang kerap memuat naik gambar mereka di gimnasium. Rata-ratanya memiliki bentuk tubuh yang segak, atau orang kata ‘sado’ yang bikin lelaki lain cemburu. Dan ada sebahagian daripada pemerhatian, ramai peminat perempuan meninggalkan komen pada gambar-gambar yang dimuat naik. Jom tengok siapa 10 selebriti lelaki pilihan EH!.
REDZA ROSLI
Menurut Redza ini senaman ‘manja’. Mungkin gerak senaman ini tidak begitu mencabar baginya.
ZUL ARIFFIN
Zul Ariffin antara selebriti lelaki Malaysia yang memiliki badan paling ‘hot’ ketika ini.
FATTAH AMIN
Pastinya bentuk badannya semakin kekar sementelah dia memiliki gim sendiri.
SAHARUL RIDZWAN
Pengantin baru ini juga kerap dilihat meluangkan masa di gimnasium. Kerap dilihat di Instagram ialah gambarnya membuat senaman menaikkan otot lengan.
AQASHA
Gambar ini dimuat naik Aqasha 20 minggu lalu, jika menurut kapsyen ini gambar lama.
IDRIS KHAN
https://www.instagram.com/p/BHmFTuADRGh/
Tidak selalu, namun sekali-sekala ada juga Idris Khan memuat naik gambarnya di gim.
NORMAN HAKIM
Biarpun sudah lama berumahtangga dan punya komitmen, bentuk tubuh segak tidak pernah diabaikan.
HAFIDZ ROSHDI
Biarpun mungkin belum ‘sado’ macam selebriti lain, tapi Hafidz antara selebriti lelaki yang kerap meluangkan masa di gim.
HISYAM HAMID
‘Abang bomba’ ini juga antara selebriti lelaki kita yang punya bentuk badan ‘just nice’, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kira memang sajak untuk pegang watak hero.
NAS-T
https://www.instagram.com/p/BIpSTCgAS1L/
Nas-T memang sejak dulu aktif dengan ‘permainan’ angkat besi. Kebelakangan ini dia juga kerap menyertai pertandingan bina badan.