Oleh : Muzammin Muzlan
Gambar : Sumber Google
Anugerah MTV Video Music Awards tahun ini kembali ke kota New York dan acara karpet merahnya sarat dengan pilihan fesyen selebriti yang mengejutkan. Sememangnya ramai yang menjadi pilihan EH! tetapi ada juga yang boleh kata bergaya tidak kena tempat.
Jadi, EH! kongsikan gaya selebriti best and worst di MTV Video Music Awards pilihan EH!
1. Beyonce

Dia mengejutkan dengan gaun dramatik daripada Francesco Scognamiglio Couture.
2. Britney Spears

Britney is back, dalam gaun rekaan Julien Macdonald yang menampilkan potongan di bahgaian hadapan.
3. Naomi Campbell

Tidak mengecewakan dalam pilihan rekaan Brandon Maxwell ini.
4. Taylor Hill

Model ini memilih rekaan Moschino yang lebih fun dan flirty.
5. Ariana Grande

Kelihatan terlalu kasual dan membosankan untuk acara karpet merah seperti MTV VMA.
6. Jaden Smith

Antara yang terbaik, dia mencabar sempadan fesyen dengan memakai rekaan daripada label Undercover.
7. Nicky Minaj

Gaya yang lebih glamorous tapi masih kekal menonjolkan susuk tubuhnya yang curvy.
8. Ansel Elgort

Pelakon siri The Divergent ini kelihatan seperti mahu meniru gaya Jared Leto.
10. Halsey

Jumpsut Yousef Al-Jasmi ini menonjolkan lekuk tubuhnya yang seksi.
11. Tove Lo

Dia berani dalam memadankan gaun Dion Lee ini bersama kasut Reebok yang sporty.
12. Alicia Keys

Gaun Just Cavalli ini kelihatan sedikit sarat walaupun dia tidak memakai sebarang solekan.
13. Rita Ora

Sangat mengecewakan! Dia kelihatan seperti Joker versi lelaki.
14. Cassie

Walaupun berambut kuning, padanan blazer bersama seluar keemasan ini kelihatan moden dan segar.
15. Kim Kardashian

Rekaan vintaj John Galliano ini diberi sentuhan lebih seksi dengan menunjukan sebelah bahu.
16. Desiigner

Dia mencuri tumpuan dengan pilihan sut Maison Margiela warna merah jambu dusty dan kasut dua ton.
