Oleh : Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
IT Girl adalah satu ungkapan urban yang mana ia membawa erti gadis muda yang menjadi idola atau inspirasi ramai. Tidak kira dari segi fesyen, personaliti mahupun apa sahaja yang ada pada IT girl pasti akan menjadi sesuatu yang trending serta keinginan ramai.
Jadi, gaya IT girl siapakah pilihan kami? EH! senaraikan di bawah untuk inspirasi gerobok fesyen atau mungkin salah satu lagi ikon muda yang boleh anda ikuti di laman sosial.
Bella Hadid
Bella Hadid, adik kepada Gigi Hadid. Berusia 19 tahun dan sudah pun mencuri perhatian lensa kamera antarabangsa melalui stail, fesyen dan personaliti yang ditonjolkan. Bella kini mempunyai 3.2 juta pengikut di Instagram yang menjadikan dirinya sebagai IT girl yang cukup terkenal masa kini.
Lily Rose Depp
Nama anak perempuan kepada pasangan selebriti Johnny Depp dan Vanessa Paradis ini sedang meningkat naik ketika ini. March baby ini baru berusia 17 tahun tetapi sudah cukup terkenal. Sejak dari lahir lagi, Lily sudah menjadi subjek penting tidak kira sama ada di laman berita, sosial media, pentas peragaan, jemputan ke majlis dan apa sahaja. Dengan gayanya yang sentiasa up-to-date dan personaliti dirinya yang natural menjadikan dirinya IT girl yang agak popular setanding populariti bapanya.
Kaia Gerber
Dirinya baru sahaja berusia 14 tahun, tetapi gadis muda cantik anak perempuan kepada bekas supermodel Cindy Crawford ini teruja untuk mengikuti jejak langkah ibunya di dalam dunia peragaan sejak berusia 10 tahun lagi. Anak gadis Crawford yang berambut brunette ini mula menjadi model untuk Young Versace iaitu koleksi Versace untuk kanak-kanak. Kaia sudah pun menandatangani kontrak bersama agensi model IMG ketika usianya 13 tahun. Dia juga pernah menghiasi muka depan majalah Teen Vogue, Fashion Vogue Italia dan CR Fashion Book. Ketika ini, akaun Instagram milik Kaia sudah mencecah lebih 436ribu pengikut.